IPOH: Seramai 1,106 daripada 32,735 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Perak tidak hadir untuk menduduki peperiksaan berkenaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah.
Beliau berkata bagaimanapun, isu keciciran pelajar SPM itu bukanlah berlaku pada 2022 sahaja tetapi berlarutan setiap kali peperiksaan awam itu dilaksanakan sebelum ini.
"Terdapat pelbagai faktor mengapa 1,106 calon SPM 2022 itu tidak hadir menduduki peperiksaan bagi semua mata pelajaran, antaranya mereka sudah bekerja atau hilang minat meneruskan pelajaran.
"Selain itu, mungkin dahulunya pelajar tersebut mendaftar sebagai calon tetapi tidak dapat habiskan pembelajaran kerana sebelum ini sudah terbiasa kelas secara dalam talian dan mempunyai ruang menjana pendapatan sendiri secara pantas dengan bekerja sampingan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Apresiasi dan Jalinan Kolobrasi empowerNCER Akademik di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr Norkhalid Salimin, Pengarah Modal Insan dan Sekretariat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datin Shahdee Ahmad dan Ketua Bahagian Operasi Yayasan Petronas Tengku Noraida Tengku Mahmood.
Khairudin berkata pihaknya yakin Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengambil langkah proaktif dalam mencari penyelesaian terhadap isu ketidakhadiran pelajar bagi menduduki peperiksaan SPM.
"Perkara ini banyak faktor tetapi kemiskinan bukan faktor utama. Banyak perkara lain yang perlu diteliti, kita tidak boleh kata disebabkan kemiskinan pelajar tidak mahu ambil peperiksaan kerana ramai pelajar B40 yang berjaya.
"Tidak dinafikan ada juga disebabkan kemiskinan mereka tidak dapat teruskan, tetapi itu bukan faktor utama kerana pengalaman saya sendiri ada yang kita pujuk untuk ambil peperiksaan tetapi mereka anggap tidak serius," katanya.
KPM Khamis lalu mengesahkan hampir 30,000 direkodkan tidak menduduki SPM 2022 termasuk calon yang berdaftar mengambil satu mata pelajaran dalam peperiksaan awam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Khairudin berkata, pihaknya yakin KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengambil langkah proaktif dalam mencari penyelesaian terhadap isu ketidakhadiran pelajar bagi menduduki peperiksaan SPM. - Gambar hiasan
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Polis edar fotofit suspek simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
10,000 daripada hampir 30,000 calon tidak duduki SPM 2022 daftar ulangan
Sebanyak 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu pada tahun ini.
1,106 calon SPM 2022 di Perak tidak duduki peperiksaan - Exco
Menurut Khairudin, isu keciciran pelajar SPM bukan berlaku pada 2022 sahaja tetapi berlarutan setiap kali ia dilaksanakan sebelum ini.
Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.
21 klien AADK lulus SPM
Kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di IKM, ILP, IKBN, GiatMara dan politeknik.
Prestasi SPM 2022: Mata pelajaran Sejarah tunjuk prestasi tertinggi
Mata pelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi, iaitu sebanyak 0.23 mata.
Keputusan SPM 2022: Lebih 10,000 calon peroleh semua A
Keputusan Gred Purata Nasional bagi SPM tahun 2022 dilaporkan lebih baik daripada tahun 2021, dengan gred purata 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021.
PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.
'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: 'Topik aneh bukan sesuatu baharu' - Presiden PAGE
Terdahulu, topik 'Perkahwinan Idaman' bagi ujian lisan pelajar SPM 2022 mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.
'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: Bukan saya mahu pertikai silibus...' - Dr Sheikh Muszaphar
Dr Sheikh Muszaphar, berkata terdapat banyak lagi topik lagi yang boleH dijadikan sebagai perbincangan untuk menilai tahap kecerdasan minda.